Sabtu, 30 April 2016

Curi Makanan

Assalamualaikum w.b.t

Ok tau dah lama tak update blog . Lama gila . Dekat setahun kot . Sebab takde apa nak heboh sangat . Tapi kali ni rasa macam nak update blog sebab adalah satu kejadian ni yang rare dan baru up tahun ni tapi tu pun tak ramai yang tahu . Dan semestinya Tuhan tahu .

Venue : Aspuri xxxxx

Kisahnya bermula macam ni ,

Masa tu kitorang lepak dekat dorm . Ada aku , ely , zaro , pain , farah & farisah . So time tu kitorang baru lepas senamrobik rasanya (tak pasti) . Then si ely ni mintak makanan aku sebab aku minta biskut Mark n Spencer dia . Specifically dia minta Mission Tortilla Chips Tomato Flavour . So aku pun pergila locker nak ambil makanan tu .

Bila nak ambik je mission tu aku perasan yang packaging dia dah terkoyak dekat bahagian belakang . Aku agak terkejutla . Bukan agak dah . Memang terkejut sangat . Sebab aku tak pernah sentuh pun makanan dekat bahagian bawah tu . Makanan yang aku selalu makan aku letak dekat storage box kelas prep .Time beli masa cuti bulan 3 tu , aku beli 6 bungkus so tinggal 5 lah kan termasuk yang terkoyak tu . Kira-kiranya dalam 5 minggu camtu aku baru makan satu bungkus . Jadi dekat sini boleh nampaklah yang aku ni jenis simpan simpan kira keeper camtulah .

Ok . Bila dah koyak camtu aku pun curiouslah . Pastu aku bawaklah tunjuk kat diorang . "Weh korang , dah terkoyak . Jap biar aku rasa ." LEMAU K . LEMAU . Padahal ada BAAANYAK chips dalam tu . Peh sakit hati tu Allah je yang tahu . 'Dia' makan sikit je lepas tu tak nak sepit biar lemau camtu je padahal bersusun penyepit aku susun tepi cermin so OBVIOUSLY orang yang ada akal & hati yang terang ni boleh nampak dan sepit mission aku tu . Dahla makanan favourite . Favourite flavour pulak tu (tomato) . Mahal pulak tu (RM7 lebih aku consider mahal la) .

So , konklusinye dekat sini , belum ade konklusi lagi sebab orangnya taknak mengaku . Cuma aku tak tahulah orang ni dengki ke apa dahla makan secara haram tak mintak izin , biarkan lemau pulak tu . Dia fikir aku beli guna air liur je ke ? Ikutkan hati nak je aku sumbat chips yang lemau tu dalam lubang hidung dia sekali dengan serbuk serbuknye . Tapi , aku masih waras lagilah .

Bila fikir balik dia ni bijak jugak sebab bukak packaging tu dari belakang . Tu pasal aku tak perasan sebab aku susun mission 5 bungkus tu semua manghadap ke depan . Diorang ada cakap gak maybe monyet yang curi mission aku tapi monyet mana yang pulas kunci locker dan bukak pintu locker yang agak ketat tu and bukak packaging neatly dan susun sebiji dengan cara aku susun sebelum tu . So kita nampak kat sini yang orang ni memang licik and pandai tapi kira bodoh gak lah sebab dia tak tahu ataupun tak sedar yang makan makanan tanpa izin tuannya tu haram . Dan bodoh sekali lagi sebab tak reti nak sepit packaging tu lepas bantai mission aku .

Actually kes curi makanan ni dari awal tahun lagi terjadi tapi aku tak sangka pulak yang aku pun jadi mangsa . So , apa pun aku harap orang yang curi makanan tu sedar , insaf dan bertaubatlah sebelum terlambat . Aku taknak ramai lagi yang makanannya kena curi . Pleaselah , diorang beli guna duit mak bapak diorang kot . Kalau tak mampu sangat , mintaklah dekat kawan elok elok . Takpun mengadu dekat cikgu . Dan aku harap dia mengaku secepat mungkin sebab ada 'ganjaran' yang menanti dia . Mana boleh culprit lepas macam tu je . Especially dari orang macam aku ni .

Lastly , semoga Allah melindungi makanan aku , harta benda aku , orang-orang yang ada di sekeliling aku , dan apa saja yang Dia pinjamkan kepada aku sementara aku hidup dekat dunia ni . Aamiin .

Tiada ulasan: