Ahad, 14 September 2014

Tidur

Assalamu'alaikum .

Aku rasa cam buat comeback pulak setelah berbulan bulan tak update . Ceh poyo .

Guess what ? Aku bukan nak cerita pasal tidur malam ke manfaat tidur ke apa ke kan . Tapi , ni ah aku nak cakap pasal tidur dalam kelas . Terlintasnye desire nak tulis pasal tidur dalam kelas ni sebab aku dah tak tahan dengar orang asyik bangkitkan isu ni je . Baik cikgu mahupun students classmates .

Cikgu .

1) "Kamu ni asyik tidur je ! Malam tadi tidur pukul berapa ?!"
2) "Kamu tak makan suplemen apa apa ke ?"
3) "Kamu ni malas bersenamlah . Sebab tu asyik ngantuk je ."
4) "Kamu ni kurang minum air ni . Kalau ngantuk minumlah ."

Students [Classmates] .

1) "Eee engkau ni asyik tidoooo je ."
2)" Engkau tak malu ke asyik tidooo je dalam kelas ?"
3) "Sekarang ni budaya tido dalam kelas makin menjadi jadi do ."
4) *gelakkan orang tidur sengguk sengguk*
5) "Weh , 'good morning' ."

People , pleaselah stop assuming . Tahu tak betapa aku taknak tidur dalam kelas ? Mehla aku cerita sikit background 'habit' aku ni . Aku start tidur dalam kelas since first day darjah satu . Mengarut tak mengarut tulah kejadahnya . Aku dah cuba dah taknak tidur dalam kelas . Apa aku buat ? Aku tidur sebelum pukul 12 . Tu kira awallah . Ada yang stay up sampai pukul berapa tah . Tapi diorang tak ngantuk . Siapa yang ngantuk ? Aku gak . Aku yang tidur kira-awallah ni . Second , aku makan suplemen . Madu kott . Makanan sunnah . Kismis . Air 30 juz . Ada yang tak makan apa apa . Tapi diorang tak ngantuk . Siapa yang ngantuk ? Aku gak . Third , apa aku buat ? Aku pernahlah pumping sebelum tidur dulu , beberapa bulan yang lepas . Kot . Nak senam petang memang haram jadahlah sempatnye . Ada yang tak senam langsung . Tapi diorang tak ngantuk . Siapa yang ngantuk ? Aku gak . Forth , aku minum air weh . Siap bawak botol besar . Ada yang tak bawak . Sebab diorang tak ngantuk . Aku ni dah minum pun ngantuk gak .

Sekurang kurangnya aku ikhlaslah sikit sebab aku tersengguk sengguk . Bukan letak kepala atas meja . Tu namanya kurang diajar . Siapa kata aku tak malu do ? Digelakkanlah , diperlilah . Tbh lah kan , aku tak tahan do korang buat aku camtu . Sometimes korang pun tidur gak . Lain kali sebelum nak hodoh hodohkan orang cermin diri sendiri dulu lah eh . Tidur bukan budaya beb . Ngantuk tu disebabkan sistem badan . Kita takleh nak kawal [kot] . Harap dapat bezakanlah ye .

Lastly , TOLONGLAH faham . Tak semua yang tidur tu atas kerelaan sendiri . Maybe diorang dah cuba sedaya upaya , tapi apakan daya ? Korang tak nampak effort diorang . And then nak assume diorang . What the fish ? Maybe ada yang ada penyakit ke ? Siapa tahu kan ? Pleaselah jangan judge orang . Jangan assume orang . Semua orang ada flaws masing masing k . Ada sorang senior aku ni . Spesis cam aku gaklah tidur dalam kelas . Dia kata : "dari dulu aku akak asyik didoakan dengan '___ asyik tidur je .' Sampai sekarang akak still tidur dalam kelas " . Renung renungkanlah . Wassalam .

Tiada ulasan: