Jumaat, 19 September 2014

Kain Dalam vs Tracksuit

Assalamualaikum .

Ok guys im gonna talk about kain dalam ke seluar , mana lagi elok ? Tbh , aku suka pakai tracksuit . Dalam kain pun pakai tracksuit . Tak kesahla kain sekolah ke skirt ke tetap tracksuit . So , adalah satu hari ni kan , aku jalan jalan dekat lobi depan dewan , depan pintu foyer , jadi tersebutlah kisah hari tu matahari bersinar dengan penuh ceria . Kain sekolah aku ni jarang walaupun nampak tak jarang tapi hakikatnya jarang . Hah sudah apa aku cakap ni . K , so bila kita berdiri dekat tempat terang kan nampak yang dalam kain. Kan kan ? Aku berdiri kat situ , lepas tu tetiba ada sorang ustazah ni kata "awak pakai kain dalam tak ?' Aku jawab ah tak since aku pakai tracksuit . Pastu dia kata 'nampak tiang .' Aku cam dumbfounded . Ye ah aku pakai tracksuit of courselah nampak tiang kaki an . Takkan nampak rata je pelik ah kan .

Kenapa pakai seluar ?
Sebab selesa .
Sebab tak nampak kaki yang sebenar (bukan tiang) .
Sebab rasa bebas .

Kenapa pakai kain dalam ?
Sebab tak nampak tiang .
Sebab buat orang lebih sopan .
Sebab selesa .

Sebab sebab tu aku dapat daripada aku buat review dekat facebook . Ceh padahal tanya kawan je . Tu jelah sebab yang aku dapat . Taktaulah pandangan orang lain macam mana kan . Aku still pakai tracksuit even ustazah tu tegur . Klah , terima kasihlah kan tegur , tapi aku ada pegangan sendiri . Aku selalu nampak dakdak perempuan jalan , naik tangga ke naik bendul then kain terselak nampak kaki . At least pakai seluar boleh prevent daripada nampak kaki . Nampak tiang ? Kau kalau pakai seluar masa main ke bersukan pun tiang gak . Takkan pakai kain kot nak bersukan . Ada je yang pakai kain dalam still nampak tiang . Maybe dia takut menggelebeh kot so dia pakai atas atas -,- . Pastu adalah sorang kawan aku ni , dia kata dia pakai seluar + kain . Ok sukahati dialah (padahal dia pakai kain je haha shh) maybe dia ni jenis yang tahan panas kot . Aku ni mana tahan , panas sikit dah berpeluh . Pastu dakdak sekolah aku ni ada jenis yang suka pakai kain baju kurung kat dalam (ok ni memang aku tak tahan) so faham faham jelah kan kain baju kurungnya sama besar dengan kain baju sekolah jadi menggelebehla kain tu . Lagi lagi kat kelas . Kadang kadang nampaklah kain bunga bunga ke warna striking ke haih aku pun tak faham . Pastu kat kelas (lagi) kalau duduk kan kainnya terangkat sebab .... err taktau nak explain camne . Jadi RAMAILAH geng geng pakai kain dalam ni duduk then nampak kaki . Stokin pendek kan . Tapi ada sorang kawan aku ni dia pakai stoking panjang (dia ni tauke stoking) . Kira bagusla . Aku duduk dalam kelas pun selalulah nampak seluar menggelebeh . Tak pun , time tengah jalan jalan ke memang fail lah nampak seluar gelebeh . Tapi its ok since orang selalu cakap nampak tiang ah apelah kan so gelebeh tu jadi prove ah aku pakai tracksuit . Tapi nampak selekeh lah . Haha .

P/s : jangan pakai legging sebab tu memang betul betul nampak bentuk kaki k . One more , sesiapa hostelians yang tidur lasak TOLONGLAH pakai seluar . Mana tau kan korang bangun lambat then kawan yang bangun awal tu nampak something illegal . Yaitu kain terselak sampai peha lah , yang paling rare nampak pender . Beware eh .

Wassalam .

Tiada ulasan: