Khamis, 25 Julai 2013

Review #Rasulullah is My Doctor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh



Buku ini adalah antara buku yang terlaris masa PTS datang untuk jualan . Saya pun pergilah usha usha buku ni . Ramai yang kata buku ni best . So , saya pun belek-beleklah isi kandungan dia . Pepatah inggeris ada mengatakan "Don't judge a book by it's cover" . Ok , saya dah judge buku ni . Indah khabar , indah juga rupa . Maksudnya cover lawa , isi dalam pun bagus . Buku ni cerita pasal kesihatan termasuklah cara nak hilang jerawat , nak turun berat badan semua ada . Perempuan of courselah suka kan . Tapi , bukan tu yang menarik saya untuk beli buku ni . Fyi , saya ni rabun . Tengah selak-selak buku tu , tiba-tiba terbuka bab tajamkan penglihatan mata . Lagilaaa nafsu kuat nak membeli . Alhamdulillah . 

Buku ni sebenarnya memuatkan ilmu perubatan Rasulullah SAW . Dalam buku tu banyak cerita pasal habbatus sauda' . Dan buku ni kiranya berlandaskan syariat jugaklah . Ada letak ayat-ayat ruqyah , cerita pasal wuduk dan sebagainya . Lepas tu cerita khasiat buah-buahan . And last but not least , bab kekacauan perubatan dan bahaya vaksin . Dua-dua bab tu menceritakan konspirasi amerika merosakkan manusia . Macam mana penulis ni boleh tahu ? Jerry D. Gray ni dulu beliau pernah kerja bawah amerika , lepastu masuk Islam . Lepas masuk Islam , beliau sedar yang beliau perlu mendedahkan konspirasi yahudi/amerika . Antara buku-buku beliau ialah Art Of Deception , The Real Truth , dan Dosa-Dosa Media Amerika . Untuk membaca sambungan tentang konspirasi amerika merosakkan kesihatan dunia tu , belilah buku Deadly Mist . Ok , buat yang inginkan perubatan Islam , saya syorkan buku ini . Peace No War ^^ 




Tiada ulasan: