Ahad, 24 Mac 2013

Kita Semua Abdullah !

Assalamualaikum wbt :)

Semoga antum sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT . Ana di sini , bukanlah sesiapa untuk menulis artikel sebegini . Tapi , atas kesedaran bahawa ana adalah saudara seislam antum , maka , ana ingin menyedarkan antum semua tentang kita adalah 'abdullah' . Bukan yang ada nama Abdullah je , abdullah ye . /Saling menyedarkan dan memberi peringatan itu tanggungjawab seorang muslim kepada muslim lainnya . Kita kan bersaudara !:)\

Alhamdulillah , Allah campakkan kesedaran dalam diri ana yang ana ni hamba-Nya . Tapi , ana terfikir , berapa ramai lagi yang di luar sana masih 'buta' dalam berpangkat , 'buta' dalam menjadi 'hamba dunia' . Jadi , ana taknaklah ana seorang je yang sedar . Ana nak semua saudara ana sedar hakikat mereka 'abdullah' . Ana pun pernah buta . Dulu ana jadi pengawas , penolong ketua kelas , ana nak semua orang patuh perintah ana . Tapi , perintah Allah , ana buat endah tak endah . Begitulah juga masa ana pegang jawatan-jawatan yang memerlukan orang patuh perintah ana . Ana tak ambil berat perintah Allah . Tapi , perintah guru / walidain / kawan ana ikut je sebab ana takut mereka marah / benci ana / sebagainya . Ana 'ter'lupa murka Allah SWT lagi hebat maha dahsyat . 'Ter'lupa yang "Wallahu asyaddu ba'san wa asyaddu tankilan" . Allahumma . Sampailah suatu hari , tengah ana duduk nak tunggu azan maghrib , ana tersentak bila tiba-tiba terfikir akan 'abdullah' itu lepas ana baca buku Di Hamparan Shamrock , Ku Seru Nama-Mu .

"Selama ni , aku sibuk ikut cakap orang . Sibuk nak arah-arah orang . Sibuk nak suruh orang ikut arahan aku . Tapi , aku lupa aku hamba kepada Yang Maha Besar , Yang Maha Esa , Yang Menciptakan aku . Aku baca kalam-Nya setiap hari . Tapi , ayat suci yang aku baca selama ni bagai angin lalu je . Ayat "Wa maa khalaqtul jinna wal insa illa liya'budun" pun aku baca sebab nak tasmik & muraja'ah semata . Langsung aku terlupa ayat "Afala yatadabbarunal quran am 'ala qulubin aqfaluha" . Ya Allah , ampunkan aku !"

Kini , ana kembali 'celik' . Menyedari hakikat diri ini hanya seorang 'abdullah' . 'Abdullah' yang terukir dari hati ! :) Terima kasih kepada Kak Ellisa yang sudi meminjamkan buku shamrocknya kepada saya . Ma'assalamah . Semoga Allah kekalkan ke'celik'an itu ! Aamiin wa ilalliqaa' :)

Dunia itu manisan yang memabukkan~
Manusia sering alpa dan leka mengejar habuan dunia . 
Oleh itu , sedarlah dirimu , sirnakan kelam , sinarkan cahaya .

Tiada ulasan: