Ahad, 30 Disember 2012

Kisah Mayat Mati Hidup Semula

Assalamu'alaikum wbt :)

Sebelum tu , ai nak beritahu , dekat entri ni , TIADA gambar mayat , 'sweet' , mahupun yang seangkatan dengannya . Wallahi wa billah . Ai tak tipu ni . Mak ai kata tipu berdosa . Lagipun ai taip entri ni masa tengah malam. Ai sendiri pun tak berani nak menatap gambar mereka apatah lagi nak post di entri . *Ehem*. Kisah ni ai dapat dari ustazah ai . Beliau ceritakan pada kami (banat aspuri) kisah ini masa talaqqi kitab tu .

Al-kisahnya begini , ada seorang ustazah ni ,beliau buat ceramah tentang pengurusan jenazah . Tengah-tengah beliau bercakap tu , tiba-tiba , ada seorang makcik ni tanya . "Betul ke teori ustazah pasal pengurusan jenazah tu ? Saya ni , dah mati , tapi hidup semula ." *Mohon kepada semua pembaca untuk sambung membaca . Diharap tiada yang terkena serangan jantung ataupun mini heart attack . sekian* . Semua hadirin yang dengar ceramah tu dah buat muka saspen tahap *1234567899910*. Tapi , ustazah tu suruh cool-cool , rileks-rileks je . Bagi peluang dekat makcik nak sambung cakap . *Tapi sebenarnya , ustazah pun terkezzut jugak*

Makcik tu ceritalah , bila jenazah dia nak dimandikan , dia jerit-jerit panggil anak-anak dia suruh mandikan . Bila jenazah nak dikafankan , makcik jerit-jerit panggil anak dia suruh kafankan . And the same goes to bila jenazah makcik tu disembahyangkan dan keranda diusung ke liang lahad . Tapi , sadlifenya , anak-anak dia tak buat apa yang dia inginkan . Yelahkan , makcik dah meninggal , manalah anak-anak dia nak dengar dia jerit-jerit suruh tolong . Lepas tu, makcik kata "Tiba-tiba ,makcik terjaga !". Kihkih . Rupa-rupanya , makcik mimpi je . Kira okeylah tu , makcik sempat lagi kalau nak advise anak makcik .

*Ehem* . Khalasahnya , bila ditakdirkan ALLAH bahawa ibu / bapa kita akan pergi meninggalkan dunia untuk selama-lamanya , maka ,kita sebagai anak bertanggungjawab untuk menguruskan jenazah mereka . Cikai-cikai pun , tolong sembahyangkan dan baca Yaasiin dan al-Fatihah je dekat arwah .Itu pun dah memadai . Cuma , pada pandangan patik , menguruskan jenazah ni ,sebagai tanda kita sayang mereka . Sebagai tanda kita hargai jerih payah mereka melahirkan ,membesarkan , dan menjaga kita . Juga mendidik kita menjadi insan yang berguna pada Agama , Bangsa , dan Negara ! *buat gaya ahli parlimen berucap* . Sekian ,yang baik datang daripada ALLAH SWT , yang buruk , datang daripada diri saya sendiri . Wallahu a'lam . May ALLAH bless . Assalamu'alaikum wbt :D

Tiada ulasan: