Khamis, 25 Oktober 2012

Wahai PBS

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ...بسم الله الرحمن الرحيم

       Setelah sekian lama ana memerapkan diri di asrama , kini ana kembali untuk mengisi perut blog ini . Ceh , blog pun ada perut ke ? Allahua'lam... Ok semua , sila gerakkan bola mata anda ke arah tajuk . Nampak tak ade huruf apa kat situ ? P , dan B , dan S = PBS . Jadi , di sini ana nak bising-bising pasal pbs . *Amboi , baru balik rumah dah nak bising-bising . 

Sebelum ana masuk ke bab PBS , ana nak khabarkan kepada semua rakyat jelata kerja sekolah yang ana terima :
-KHB : 2 Buku-Sejarah : 3 Set-Geografi : Peta , Folio , Karangan , Ciptaan , Peta minda . All in 1 set .-english : pbs 4x-sains : pbs 2x-Ayat jadid atau Tasmi online-Muraja'ah usbu'iyyah mahupun qadimah-Tahriri 
Memandangkan ana belajar di maahad tahfiz , maka yang tiga bawah itu Wajib dilaksanakan .(#K , Maaf , Tiada kaitan dengan PBS .) Maka ana dan rakan seperjuangan bersetuju untuk menghuraikan akronim PBS kepada = Pelaksanaan Berganda Segera .Mengapa huraiannya harus begitu ? Kerana kerjanya yang berganda perlu disiapkan dan dihantar segera . Tension betul ana dengan perkataan segera tu . 

Kesan pbs telah dibincangkan oleh kami , iaitu antara muslimat sanah ula yang banyak mengeluarkan komen di maahad . Maka ,kami telah membuat persidangan tidak rasmi di belakang kelas yang dipenuhi loker . Kata kami : "PBS ni menyusahkan cikgu-cikgu dan murid . PBS juga menggalakkan kita meniru . Selain itu , PBS juga menggalakkan kita menyebut kalimah ALLAH , ALLAH , ALLAH . Tambahan , kita bukan semakin pandai , malahan semakin mundur . And last but not least , mengajar kita bersabar .Setiap perkara ada Pros dan Konsnya . Namun ,yang paling penting adalah setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya ."
-Menyusahkan pendidik dan penuntut 
-Galakan untuk meniru 
-Galakan menyebut kalimah ALLAH , Tuhan ummat Islam yang Maha Esa 
-Semakin mundur 
-Mengajar kami bersabar

Menyusahkan pendidik dan penuntut kerana guru-guru kena siapkan bahan kerja yang banyak untuk diberi kepada penuntut . Kemudian , penuntut pula , otaknya sudah tepu , akhirnya kerja tak siap ataupun jawapan salah . Kemudian , guru perlu menunggu jawapan dihantar ataupun ulang semula band jika jawapan salah .  

Galakan untuk meniru kerana apabila otak sudah tepu , kami jadi kelam kabut . Bertambah-tambah dengan deadline yang makin menguasai mimpi . Jadi , majoritinya mengambil keputusan untuk meniru buku ataupun meniru kawan . Huraian ini berhubungkait dengan kesan "Semakin Mundur" .

Galakan untuk menyebut kalimah ALLAH kerana di saat bola mata tertumpu pada 'kertas-kertas' band yang diedarkan automatik lidah akan menyebut Ya ALLAH , banyaknya kerja , Subhanallah , 'cantik' betul susunan kertas-kertas tu , Masya-Allah , saya sayang cikgu kerana Allah , Astaghfirullah dan Laailahaillallah . 

Mengajar kami bersabar kerana kami bermujahadah untuk menyelesaikan tugasan . Kesimpulannya , kami yang mengadakan persidangan tidak rasmi itu memohon doa supaya PBS ditukar semula kepada PMR . Akhirnya , ana memohon maaf dari yang zahir mahupun yang batin jika ada pihak yang terasa . Asifah jiddan . Ini sekadar luahan hati kami , dan ana wakil peluah . Minta maaf juga jika ada yang rabun apabila melihat huruf-huruf yang banyak ini seperti Ishaan di dalam filem Taare Zameen Par . Tapi Ishaan tak rabun , dia stres . 
Ana kalau taip banyak , banyak sangat . Kalau taip sikit , memang sikit sangatlah....