Ahad, 30 Disember 2012

Kisah Mayat Mati Hidup Semula

Assalamu'alaikum wbt :)

Sebelum tu , ai nak beritahu , dekat entri ni , TIADA gambar mayat , 'sweet' , mahupun yang seangkatan dengannya . Wallahi wa billah . Ai tak tipu ni . Mak ai kata tipu berdosa . Lagipun ai taip entri ni masa tengah malam. Ai sendiri pun tak berani nak menatap gambar mereka apatah lagi nak post di entri . *Ehem*. Kisah ni ai dapat dari ustazah ai . Beliau ceritakan pada kami (banat aspuri) kisah ini masa talaqqi kitab tu .

Al-kisahnya begini , ada seorang ustazah ni ,beliau buat ceramah tentang pengurusan jenazah . Tengah-tengah beliau bercakap tu , tiba-tiba , ada seorang makcik ni tanya . "Betul ke teori ustazah pasal pengurusan jenazah tu ? Saya ni , dah mati , tapi hidup semula ." *Mohon kepada semua pembaca untuk sambung membaca . Diharap tiada yang terkena serangan jantung ataupun mini heart attack . sekian* . Semua hadirin yang dengar ceramah tu dah buat muka saspen tahap *1234567899910*. Tapi , ustazah tu suruh cool-cool , rileks-rileks je . Bagi peluang dekat makcik nak sambung cakap . *Tapi sebenarnya , ustazah pun terkezzut jugak*

Makcik tu ceritalah , bila jenazah dia nak dimandikan , dia jerit-jerit panggil anak-anak dia suruh mandikan . Bila jenazah nak dikafankan , makcik jerit-jerit panggil anak dia suruh kafankan . And the same goes to bila jenazah makcik tu disembahyangkan dan keranda diusung ke liang lahad . Tapi , sadlifenya , anak-anak dia tak buat apa yang dia inginkan . Yelahkan , makcik dah meninggal , manalah anak-anak dia nak dengar dia jerit-jerit suruh tolong . Lepas tu, makcik kata "Tiba-tiba ,makcik terjaga !". Kihkih . Rupa-rupanya , makcik mimpi je . Kira okeylah tu , makcik sempat lagi kalau nak advise anak makcik .

*Ehem* . Khalasahnya , bila ditakdirkan ALLAH bahawa ibu / bapa kita akan pergi meninggalkan dunia untuk selama-lamanya , maka ,kita sebagai anak bertanggungjawab untuk menguruskan jenazah mereka . Cikai-cikai pun , tolong sembahyangkan dan baca Yaasiin dan al-Fatihah je dekat arwah .Itu pun dah memadai . Cuma , pada pandangan patik , menguruskan jenazah ni ,sebagai tanda kita sayang mereka . Sebagai tanda kita hargai jerih payah mereka melahirkan ,membesarkan , dan menjaga kita . Juga mendidik kita menjadi insan yang berguna pada Agama , Bangsa , dan Negara ! *buat gaya ahli parlimen berucap* . Sekian ,yang baik datang daripada ALLAH SWT , yang buruk , datang daripada diri saya sendiri . Wallahu a'lam . May ALLAH bless . Assalamu'alaikum wbt :D

Jumaat, 28 Disember 2012

Asrama tempat menjana duit .

Assalamu'alaikum wbt :)

Apa khabar kalian-kalian sekalian ? *ewah , ayat apa kau guna , fathi ?* . Okey , mari kita lantakkan sahaja kata-kata aluan dari Puan Sri Fathi . Straight to the point , patik sebenarnya nak cerita pasal asrama. K , patik sedar , sejak setahun ni , patik asyik cerita pasal asrama , sekolah , asrama , sekolah saja . First , sebab patik terlalu eksaited masuk asrama tahap *abcdefghijklmnop* . Kedua , sebab pastik eksaited . Ketiga , sebab patik eksaited . Keempat , sila ulang benda yang sama sehingga ke infiniti X) . Sebenarnya , ini bukan point sebenar pun . Cas cas je nak straight to the ampang point . Last-last masuk Jalan TAR jugak . Patik buat tajuk 'Asrama tempat menjana duit' ni bukan apa . Fyi , asrama sekarang trendnya jual-jual barang . Biasalah , budak-budak sekarang ni , pemikiran dia maju . "Aku tak dapat belajar tinggi-tinggi pun takpelah , berbekalkan pengalaman aku jadik businesswoman / businessman kat asrama ni , boleh jugaklah aku sara hidup aku lepas habis belajar nanti." *nada pasrah , menyerah dan beralah*. So , pada tuan tuan hamba sekalian yang teringin nak berbusiness dekat asrama , patik ada suggest stuff stuff yang agak laku jika dijual di asrama .

Makanan
*Ehem* . Bak kata pepatah , budak asrama dengan makanan memang tak dapat dipisahkan . Bagai isi dengan kuku , aur dengan tebing , pelajaran dengan buku , dan rumput dengan kambing . Kahkah . Okay , it's not funny , Puan Sri . You better sambung about the makanan . Makanan yang paling laku ialah ________ treng teng teng... MAGGI !!! Tapi , biasanya laku dekat budak lelakilah . Kalau perempuan maybe bubur segera :3 Tapiii , yang paling grand ialah makanan hand-made . Macam cupcake ke , nasi ayam ke , cheezy wedges ke , nasi lemak ke , apa ke. Selalunya makanan macam ni dia orang jual setiap hari minggu je . Almaklumlah , mak bapak rajin datang waktu hujung minggu je . Tak sampai 1 minit buat announcement , dorm dah penuh . Malam tu tidur tersengih-sengih memanjang . Bukan apa , happy sangat dapat untung sampai terbawa-bawa dalam mimpi . Alhamdulillah...

Pakaian
Jangan hang pikir duduk asrama beli makanan forever . Orang jual pakaian pun ada jugak tau . Ni especially untuk perempuanlah . Kalau lelaki , patik tidak tahu menahulah pulak pakaian apakah yang dilelong . Yang orang perempuan ni dok pakat jual jubah , blaus , tudung , stoking , dan stongan . Tapi an , patik takdelah sampai nak beli jubah , blaus dengan tudung tu semua . Patik just beli stoking dengan stongan je . Barang kecik , harga pun kecik , kan ? *sila angguk . siapa tak angguk , bunuh satgi* So , tak berlaku banyak pembaziran di situ and yeah , patik beli kalau terdesak je . I'm not the boros onee . *and that was the liar words onee :p*

Stuff tambahan
Stuff tambahan ni contohnya macam : keychain , beg & sandal . Keychain ni keychain yang kita boleh taruk nama kita ikut suka hati . Pernah jadi trend dan kegilaan suatu masa dahulu . Namun kini , kegilaan tu dah berkurangan ke tahap sakit mental . Kira okeylah tu . Mental dia cuma sakit je . Tak sampai gila pun . Kitorang budak maahad ni ramai yang ada quran tafsir berzip . So , diorang ramai yang gantung kat situ . Bila jalan bawak Quran je mesti jatuh-jatuhkan keychainnya semata-mata nak tayang nama yang bling bling tu . Salah seorangnya patiklah . Haha X) . Kalau beg pulak , macam-macam beg ada . Sampai beg ala-ala mak datin pun dijual . Bila tengok katalognya , I was like "Double wow !" ? Dan situasi yang sama turut menimpa pada kasut .

Natijahnya setelah ditambah , tolak , darab dan bahagi , makanan paling laku ! Yeayyy *sila beri tepukan gemuruh jiwa*. Tak dinafikan , patik ada juga beli-membeli ni . Patik beli beg , stongan , stoking & cupcake . Patik pun ada nafsu juga . Ada 9 nafsu pulak tu . Mustahil tak tergoda tengok beg yang lawa-lawa , stongan yang design cantik + kain jenis yang best . Lagi bernafsu patik tengok cupcake yang Huda jual . Rasa nak habiskan sorang-sorang je cupcake tu . Makan dalam dorm depan almari sambil ngadap gambar mak abah + adik-adik . *Psst , ni adalah rahsia yang patik simpan sejak masuk asrama . Iaitu rahsia menyeludup masuk gambar keluarga ke dalam almari . Tapi akhirnya , sepandai-pandai belalang melompat , akhirnya jatuh ke rumput jua bila ada kawan curi-curi buka almari . Lepas tu , sibuklah busy body tanya yang pakai baju ni sape , yang comel ni sape , yang tinggi lampai kalah hantu galah ni sape , yang kiut miut da bomb nak gila ni sape . Patik hempuk dengan besi katil ni baru diam seribu bahasa . K , sekian , Assalamualaikum wbt :)

Isnin, 24 Disember 2012

R.E.S.U.L.T

Assalamu'alaikum wbt :D
Salam sejahtera wahai bakal-bakal jenazah sekalian . Cewah , meremang tak bulu roma baca perkataan jenazah tu ? Harap-harap meremanglah ye . Sebab , walau apapun pangkat dan darjat kita di dunia , kita tetap BAKAL JENAZAH dan calon Sijil Padang Mahsyar .Ok , kita tutup sesi wazakkir kita dengan tasbih kafarah dan suratul Ashr . Now , straight to the Ampang Point , aku sebenarnya nak cerita pasal result PMR aku . Boo , tak payah nak PMR lah sangat , kan ? PBS cukuplah , Fathi .

Oh , sebut pasal PBS , aku yang ada 9 nafsu ni bernafsu jugalah nak share aku dapat band berapa . Keseluruhannya , sadlife :'( Buat kerja banyak , tapi ada yang tak dapat band 6 . Terutamanya Sains diikuti dengan Sejarah , PAI , dan BI . Kadang-kadang , aku rasa PBS ni macam tak adil . Tak tahulah kenapa . So , here's the details :
Bahasa Melayu [Band 6] Bahasa Inggeris [Band 5] Matematik [Band 5] Sejarah [Band 5] Geografi [Band 6] Pendidikan Islam [Band 5] Sains [Band 4] Bahasa Arab [Band 6] . Lihatlah betapa _________ *sila sambung tidak melebihi 6 aksara*nya result PBS aku . Hailah~ Dah nasib badan...

Overall , aku sungguh tak puas hati dengan result sukatan KBSM aku kali ni . You know what ? Aku dapat 3A 4B 1C . Wuuu , sadlife weh . Tak terbayang macam mana result PMR yang sebenar .  Nak nangis aku masa tu . Lepas tu aku scrollkan biji mata aku ke arah kolum 'kedudukan dalam kelas' . Guess what ? Aku dapat nombor 2/30 ! Fuh , aku tak pernah sangka . Adalah juga dapat mini heart attack masa tau aku dapat nombor dua . Nasib baik tak dapat mega heart attack . Fuh , lega . Terfikir jugak aku kalau aku pengsan kat situ siapa yang cempung aku . Wuuu , malu malu . *tutup muka dengan laptop*

Namun , aku rasa pelik sikit . Aku dapat 3A4B1C je , macam mana boleh duduk di tangga kedua . Sedangkan ramai lagi yang pandai . Ramai yang dapat 6A . Lagipun , aku ni budak yang cikai-cikai je dekat kelas Farabi tu . Jeng jeng , persoalan tu terjawab setelah aku godek-godek , belek-belek dan terbalikkan depan belakang kertas result tu . Aku dapati....... markah al-Quran aku tinggi ! Yeay ! Alhamdulillah... Berkat al-Quran... Syafawi yang tebuk-tebuk tu aku dapat 95% ; alhamdulillah mumtaz . Tahriri yang tulis-tulis tu pulak aku dapat 99% ; alhamdulillah , mumtaz jugak .

Aku tunjuk result tu dekat mak . Mula-mula mak bagi aku ceramah free . Biasalah kan , mak siapa yang tak marah bila anaknya dapat 3A4B1C ? Dekat 5 minitlah aku tadah telinga dengar ceramah tu . Tak pasal-pasal adik aku yang lain ikut dengar sebab mak ceramah dalam kereta . Malu woo , dengan adik . Lepas tu aku suruh mak tengok markah al-Quran aku . Nak tutup malu punya pasal... Fuh , mak terdiam seribu bahasa ! Speechless terus . And then , mak cakap :"Ni maknanya , kau mampu hafal al-Quran . Jangan sia-siakan peluang Allah bagi . Yang dapat hafal al-Quran ni orang yang terpilih je tau " . Mulalah hidung aku tu terkembang-kempis , kembang kempis . Boo , nilah Fathi . Pantang ada orang puji . Lain kali jangan puji tau !

Kesimpulannya , apa jua keputusan yang kita dapat , samada cemerlang atau gagal , kita perlu terima seadanya .Kita kena redha . Buat yang dapat keputusan cemerlang , ingatlah , hidup ni bagaikan roda . Kejap kita di atas , kejap kita di bawah . Tak selama-lamanya kita akan berjaya . Buat yang gagal pula , usaha itu penting . Usaha , doa , istiqamah , tawakkal . In Shaa Allah satu hari nanti akan berjaya . Kalau dah berjaya , janganlah pula lupa daratan . K , Sekian , Wassalam . May Allah bless...:)

Ahad, 25 November 2012

Muhasabah : Malu dan Iman

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
Setelah sekian lama ana menyepikan diri ,
Kini , ana kembali untuk mengadakan sesi muhasabah .
Ya , muhasabah tentang sifat Malu yang ada hubung kaitnya dengan Iman 
Sabda Rasulullah S.A.W ; mafhumnya : "Malu dan iman itu teman seiring sejalan .
Jika salah satu diangkat , nescaya terangkatlah pula yang satu lagi ." -Hadis Riwayat Muslim- 
Realitinya di akhir zaman ini , ramai ummat yang semakin surut sifat malunya , termasuk ana !
Malu itu penanda aras bagi iman .
Andai malu sudah tercabut dari dalam diri , itu alamat tidak baik .
Sebaik tercabutnya malu , yang lain juga akan ikut tercabut . 
Jadi , ana buat sesi muhasabah ini ,
Bukan untuk ana seorang , bahkan untuk kau orang semua .
Benda baik , tak rugi kongsi dengan orang lain , kan ?
Saidina Ali bin Abi Talib pernah mengungkapkan , 
"Semua penulis akan mati , hanya karyanya yang akan terus abadi .
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti ."
May Allah bless you all !
Assalamualaikum w.b.t :D

Selasa, 20 November 2012

My Name is Palestine

Assalamualaikum wbt :)

My name is Palestine
My name is Palestine
Heed it and be freed
From the ravages of oppression
And fear
My story is your story
My pain your pain
My dream your dream
My liberation your liberation
I have wronged none
But have been wronged
I have been beaten
I have been shot
I have been mutilated
I have been robbed
I will not be cowed

My name is Palestine
I have no fear
Fear is but a milestone I passed
Somewhere on my journey of dispossession pain misery
My name is Palestine
I will not be cowed
My children have been killed
My vineyards razed
My water stolen
And my home demolished

My name is Palestine
I will not be cowed
Strangers from foreign shores
Steal my lands
In guile and deceit
Assisted by international thieves
And global plunderers
Witnessed by a silent world
Drugged and blind
In the name of twisted ideologies
Make me a stranger in my lands
And rain death upon me

My name is Palestine
I will not be cowed
As the stars are so shall I be
As the sun sets and rises
So shall I
I shall break the chains
That are placed on my wrists
I shall remove the manacles from my legs
I shall tear loose from the dust
To which I am chained
I shall stand on my feet
Not live on my knees
I shall cry freedom till my last breath

I am Palestine
I shall not be cowed
Or enslaved
Or bought
Or sold
I am neither chattel
Nor slave

I am Palestine
I will not be cowed
I have been starved
Strangled
Suffocated
Tortured and maimed
I have endured
I am stronger
Resolute
My spirits soar
Like the eagle
My hopes like the cedars of Lebanon
Reach to the heavens
On the wind is my name written
In songs will I live
In your memories will I reside
For eternity
Death may embrace me
Beyond shall I exist
For eternities
And more
In you
In your children
In your children’s children
Immortalized in your dreams
Should I die
Whisper my name
Before you sleep
That I repose amongst the stars
That you might see me
And remember me
And speak of me
For I am Palestine
I will not be cowed


Source : Facebook

Khamis, 15 November 2012

Fizikr :D

Assalamualaikum . :D

Kadang-kadang kita rasa kita dah  sempurna
Tapi , cuba buat checklist 
Di tahap sempurna yang manakah kita ?
Kadang-kadang kita tak sedar
Sebab manusia diciptakan dengan sifat 'nasi'
Iaitu 'Lupa'
Kadang-kadang kita cuai 
Sebab manusia tiada yang sempurna 
Tetapi , kita boleh cuba untuk jadi lebih baik 
Allah berfirman :
"Wazakkir fainnazzikra tanfa'ul mu'minin"
Surah Az-Zaariyat
"Dan tetaplah kamu memberi peringatan
kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfa'at kepada orang-orang beriman"
Menyeru ni ibarat menembak secara rambang
Memang tidak akan kena semua 
Tetapi, pasti ada yang terkena , ada yang terasa
Buat yang kata 
"Aku tak sampai serulah nak berubah ni ."
Antum tahu , 
Benda macam nilah seruan untuk antum:
Yang orang kirim-kirim dekat facebook fasal benda-benda yang baik ,
Tu semua seruan untuk antum
Jadi , ana harap antum tak pandang kosong terhadap kiriman-kiriman sebegitu
Ada sesuatu padanya yang antum patut ambil
Sempena tahun baru hijrah ini , 
Bersama-samalah kita berubah kepada yang lebih baik
Bersama-samalah kita bertaubat atas kesilapan yang lalu
"Innallaha yuhibbuttawabiina wayuhibbulmutatohhiriin"
"Sesungguhnya Allah suka pada orang yang bertaubat dan orang yang bersih"
Surah Al-Baqarah
Semoga Allah Redha !:D
Sekian ,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh :D

Buat Muslimat Mukminat .:D

Assalamualaikum . :D
Ini adalah carta tentang ciri-ciri seorang muslimah .


Kesalahan kebanyakan wanita dalam menutup aurat .

Checklist












Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434 :)

Assalamualaikum anda .
Ya , anda yang Islam tu .
Anda tahu kan , maghrib ni...
Bermula perkiraan tahun hijrah yang baru 
1434 :)
Jadi , di sini ana ingin
Menyusun sepuluh jari , memohon ampun maaf
*Aasifah jiddan jiddan* 
Andai ada menyentuh sensitiviti antum ; pembaca
Di dalam setiap warkah yang ana terbitkan .
Ana juga ingin berpesan 
Kepada antum-antum semua *dan ana sekali*
Hijrahkanlah diri  
Kepada yang lebih baik 
Untuk mencari redha Allah , 
Bukan semata redha manusia .
Sentiasalah sematkan dalam diri 
Niat untuk jadi yang lebih baik  
Usaha dan doa iringi bersama
Semoga Allah kabulkan hajatmu .
Ceh , sudah kumulakan ayat berbunga itu 
Oh , bagaimana .
Ana buntu bagaimana mahu menghentikannya
Jadi , ana teruskan saja .
Bermulanya awal tahun hijrah ini , 
Maka berakhirnya komitmen ana terhadap tugasanPBS 
*bagi tahun 1433H*
Jangan lupa baca doa awal tahun dan akhir tahun 
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita
dan
Semoga Allah redha





Isnin, 12 November 2012

Wajah Kita

WAJAH KITA

Assalamualaikum . Kali ini ana saje nak buat satu perkongsian . Perkongsian tentang kenapa wajah kita ada iras-iras ibu dan ayah kita . Mungkin ada yang dah tahu tentang apa yang ana nak kongsikan ni . Tapi , mungkin juga ada yang tak tahu . Ok , muqaddimah tamat .

"Allah Ta'ala tidak menciptakan wajah aku persis Ummi dan Ayah semata atas alasan saintifik . Aku percaya wajah aku dilukis begini supaya tiap kali aku renung cermin , aku nampak Ummi dan Ayah . Lalu tidak kira ke mana aku pergi , dan manusia apa aku jadi , aku membawa ummi dan ayah bersama .""Dan bila kita semakin tua , wajah kita semakin iras ibu bapa , kerana pada waktu itu mereka mungkin sudah tiada , dan Allah tahu kita rindu ; kita perlu lihat wajah mereka ."

Khamis, 25 Oktober 2012

Wahai PBS

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ...بسم الله الرحمن الرحيم

       Setelah sekian lama ana memerapkan diri di asrama , kini ana kembali untuk mengisi perut blog ini . Ceh , blog pun ada perut ke ? Allahua'lam... Ok semua , sila gerakkan bola mata anda ke arah tajuk . Nampak tak ade huruf apa kat situ ? P , dan B , dan S = PBS . Jadi , di sini ana nak bising-bising pasal pbs . *Amboi , baru balik rumah dah nak bising-bising . 

Sebelum ana masuk ke bab PBS , ana nak khabarkan kepada semua rakyat jelata kerja sekolah yang ana terima :
-KHB : 2 Buku-Sejarah : 3 Set-Geografi : Peta , Folio , Karangan , Ciptaan , Peta minda . All in 1 set .-english : pbs 4x-sains : pbs 2x-Ayat jadid atau Tasmi online-Muraja'ah usbu'iyyah mahupun qadimah-Tahriri 
Memandangkan ana belajar di maahad tahfiz , maka yang tiga bawah itu Wajib dilaksanakan .(#K , Maaf , Tiada kaitan dengan PBS .) Maka ana dan rakan seperjuangan bersetuju untuk menghuraikan akronim PBS kepada = Pelaksanaan Berganda Segera .Mengapa huraiannya harus begitu ? Kerana kerjanya yang berganda perlu disiapkan dan dihantar segera . Tension betul ana dengan perkataan segera tu . 

Kesan pbs telah dibincangkan oleh kami , iaitu antara muslimat sanah ula yang banyak mengeluarkan komen di maahad . Maka ,kami telah membuat persidangan tidak rasmi di belakang kelas yang dipenuhi loker . Kata kami : "PBS ni menyusahkan cikgu-cikgu dan murid . PBS juga menggalakkan kita meniru . Selain itu , PBS juga menggalakkan kita menyebut kalimah ALLAH , ALLAH , ALLAH . Tambahan , kita bukan semakin pandai , malahan semakin mundur . And last but not least , mengajar kita bersabar .Setiap perkara ada Pros dan Konsnya . Namun ,yang paling penting adalah setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya ."
-Menyusahkan pendidik dan penuntut 
-Galakan untuk meniru 
-Galakan menyebut kalimah ALLAH , Tuhan ummat Islam yang Maha Esa 
-Semakin mundur 
-Mengajar kami bersabar

Menyusahkan pendidik dan penuntut kerana guru-guru kena siapkan bahan kerja yang banyak untuk diberi kepada penuntut . Kemudian , penuntut pula , otaknya sudah tepu , akhirnya kerja tak siap ataupun jawapan salah . Kemudian , guru perlu menunggu jawapan dihantar ataupun ulang semula band jika jawapan salah .  

Galakan untuk meniru kerana apabila otak sudah tepu , kami jadi kelam kabut . Bertambah-tambah dengan deadline yang makin menguasai mimpi . Jadi , majoritinya mengambil keputusan untuk meniru buku ataupun meniru kawan . Huraian ini berhubungkait dengan kesan "Semakin Mundur" .

Galakan untuk menyebut kalimah ALLAH kerana di saat bola mata tertumpu pada 'kertas-kertas' band yang diedarkan automatik lidah akan menyebut Ya ALLAH , banyaknya kerja , Subhanallah , 'cantik' betul susunan kertas-kertas tu , Masya-Allah , saya sayang cikgu kerana Allah , Astaghfirullah dan Laailahaillallah . 

Mengajar kami bersabar kerana kami bermujahadah untuk menyelesaikan tugasan . Kesimpulannya , kami yang mengadakan persidangan tidak rasmi itu memohon doa supaya PBS ditukar semula kepada PMR . Akhirnya , ana memohon maaf dari yang zahir mahupun yang batin jika ada pihak yang terasa . Asifah jiddan . Ini sekadar luahan hati kami , dan ana wakil peluah . Minta maaf juga jika ada yang rabun apabila melihat huruf-huruf yang banyak ini seperti Ishaan di dalam filem Taare Zameen Par . Tapi Ishaan tak rabun , dia stres . 
Ana kalau taip banyak , banyak sangat . Kalau taip sikit , memang sikit sangatlah.... 

Rabu, 22 Ogos 2012

Realiti vs Ilusi

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ...بسم الله الرحمن الرحيم


Tabahkan hati . Sesungguhnya ini hanyalah dunia . Allah sentiasa ada bersama kita wahai rakan-rakan seperjuangan ! :D
Assalamualaikum...:D

Untuk Wanita... Kerana Dirimu Begitu Berharga !


بسم الله الرحمن الرحيم


Untuk wanita , ketahuilah dirimu begitu berharga . Sesungguhnya , Allah telah memuliakan maratabat wanita . Ada ke surah ar-Rijal dalam al-Quran ? Tak adakan..... :DD
Sekian , Assalamualaikum . Sirru 'ala barakatillah...

Ahad, 19 Ogos 2012

Eid Mubarak Sa'ied !

Bismillah , Alhamdulillah...

Bersyukur kepada-Nya kerana kita dapat menjalani ibadah puasa tahun ni selama 29 hari . Alhamdulillah... Hari ini , bertarikhkan 19 0gos bersamaan 1 Syawal seluruh umat Islam akan menyambut hari kemenangan mereka iaitu hari raya setelah berhempas pulas mengikat perut . *Yeay , yeayyy !!! Firecrackers here and there , so colourful this world . *Although it were night .

Tahun ni ana rasa tak semangat langsung nak raya . Atas sebab :
-Tak puas tarawih .
-Tak puas Ifthar dengan keluarga
-Takut-takut ini jadi Ramadhan terakhir
Ana takde perasaan bila tengok semua kawan-kawan facebook post pasal hari raya . Entah , perasaan mana pulak yang cuba menceroboh . Selalunya , tahun-tahun lain analah yang paling mangat nak raya . Semua barang dah siap . Pack baju dah siap . Tapi , tahun ni , kasut tak beli (err , perlu ke...) , kaki pun belum jejak kampung lagi . *Wahai manusia , dimana dirimu yang sebenar . Adakah masih tertinggal di asrama ...:p

Ok , rasanya entri ni tak macam entri tahun lepas yang berjela-jela panjangnya . Cuma , di kesempatan ini , ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir & Batin . Taqabbalallahu minna wa minkum . Semoga kita dijemput kembali pada Ramadhan yang akan datang dan dapat bertemu dengan Lailatul Qadr . #Ustaz ana pesan , pastikan kita dapat satu lailatul Qadr sebelum meninggal dunia ... Oleh itu , kita haruslah berusaha mencarinya ....

Korang tau tak , Lailatul Qadr tahun ni bila ? Ustaz ana cakap berlaku pada malam yang ke-27 . Tok guru beliau kata memang ada tanda-tandanya . Ana rasa gembira sangat sebab malam tu , ana berjema'ah jalan kaki pergi masjid untuk qiam pukul 4.00 pagi . Alhamdulillah...:D
Wassalam...

Ahad, 22 Julai 2012