Ahad, 11 Disember 2011

Mesej Berantai

Helo-Malaya !
.
.
.
.
.
Korang ada tak yang tak pernah dapat Mesej Berantai / Pos Berantai / apa-apa lagi yang sama waktu dengannya . Kalau ada tu , silalah bersyukur dan ucap ALHAMDULILLAH... Merana tau tak , kalau dapat mesej berantai ni ? Orang tak suka . Aku tak kata semua orang tapi lebih kurang 98% orang yang benci dengan mesej berantai . Mungkin ada yang suka ?

Tak salah kalau buat & bagi mesej berantai . Elok untuk eratkan silaturrahim , lagi-lagi sesama saudara seIslam . Tapi , yang salahnya ialah bila individu itu meletakkan ayat ancaman pada akhir mesej / surat itu . Contohnya :
"Jika anda tidak menghantar mesej ini kepada 50 orang , anda akan dibunuh oleh *someone yang mati dalam cerita tu* pada malam ini"
Siapa yang tak gerun baca ayat tu ? Pada sesiapa yang tak mudah percaya pada mesej karut marut ni , mereka akan melantakkan mesej itu . Manakala bagi sesiapa yang mudah tertipu dengan mesej-mesej sebegitu , mereka akan menghantar kepada seberapa jumlah orang yang dinyatakan di dalam mesej itu . Secara tak langsung , individu yang membuat mesej itu telah mendera mental orang yang tertipu itu . Mana , lah dia nak cari 50 orang kalau kenalan dia hanya ada 10 orang ?

PESANAN UNTUK INDIVIDU PEMBUAT MESEJ : JANGAN BUAT MACAM ITU LAGI . TAK BAIK . RAMAI ORANG TAK SUKA .

notakorodorwa : First time dapat memang tertipu duh ! Lepas tu , bila banyak kali dapat aku hantar jugak . Tapi , hantar untuk saje-saje main... Hehe...:)

Tiada ulasan: