Ahad, 11 Disember 2011

Mesej Berantai

Helo-Malaya !
.
.
.
.
.
Korang ada tak yang tak pernah dapat Mesej Berantai / Pos Berantai / apa-apa lagi yang sama waktu dengannya . Kalau ada tu , silalah bersyukur dan ucap ALHAMDULILLAH... Merana tau tak , kalau dapat mesej berantai ni ? Orang tak suka . Aku tak kata semua orang tapi lebih kurang 98% orang yang benci dengan mesej berantai . Mungkin ada yang suka ?

Tak salah kalau buat & bagi mesej berantai . Elok untuk eratkan silaturrahim , lagi-lagi sesama saudara seIslam . Tapi , yang salahnya ialah bila individu itu meletakkan ayat ancaman pada akhir mesej / surat itu . Contohnya :
"Jika anda tidak menghantar mesej ini kepada 50 orang , anda akan dibunuh oleh *someone yang mati dalam cerita tu* pada malam ini"
Siapa yang tak gerun baca ayat tu ? Pada sesiapa yang tak mudah percaya pada mesej karut marut ni , mereka akan melantakkan mesej itu . Manakala bagi sesiapa yang mudah tertipu dengan mesej-mesej sebegitu , mereka akan menghantar kepada seberapa jumlah orang yang dinyatakan di dalam mesej itu . Secara tak langsung , individu yang membuat mesej itu telah mendera mental orang yang tertipu itu . Mana , lah dia nak cari 50 orang kalau kenalan dia hanya ada 10 orang ?

PESANAN UNTUK INDIVIDU PEMBUAT MESEJ : JANGAN BUAT MACAM ITU LAGI . TAK BAIK . RAMAI ORANG TAK SUKA .

notakorodorwa : First time dapat memang tertipu duh ! Lepas tu , bila banyak kali dapat aku hantar jugak . Tapi , hantar untuk saje-saje main... Hehe...:)

Rabu, 26 Oktober 2011

Cara-cara menge'hack' .

Helo-Malaya !

Mesti korang fikir aku ni budak jahat kan ? Yelah ... Kerja hack-hack ni budak-budak jahat je yang selalu buat . Aku takdelah sejahat mana pun . Sebenarnya , ni bukanlah jenis hack yang korang biasa dengar . Ini lebih kurang macam permainan kod javascript . Aku pun pernah cuba dekat Makmal Komputer di sekolahku .

Tapi , aku tak boleh tunjuk sample sebab aku guna Google Chrome . Kod ni menjadi bila korang guna Mozilla Firefox je . Sample yang aku pernah buat ada dekat desktop di makmal komputer sekolah . Best gak main benda ni . Tapi , ianya takkan kekallah . Kalau nak tunjuk dekat member / orang lain , korang kena buat printscreen lepastu post dekat facebook atau blog korang . Okay-okay ! Selamat mencuba ! Oops ! Sebelum tu , aku nak bagi kod-nya dulu . Okay ! Jangan lupa , pastekan dekat ruangan browser kamu . Padam link sebelum tu , and paste yang baru ni . Then , hightlightkan . Lepastu , tekan Enter . Senang , bukan ?


javascript: document.body.contentEditable ='true'; document.designMode='on'; void 0
notakorodorwa : polis takkan saman korang kalau buat benda ni . Don't worry , be happy , bebeh ! 
Penat mulut terkumat-kamit menyebut sehingga jemariku lebam menaip . Aku chow dululah beb ! Adios !

Sabtu, 6 Ogos 2011

Alasan pelajar kepada guru

Ponteng Sekolah - Cuma nk meringankan beban cikgu .
Mewarnakan rambut - Saja nak test cikgu ada tak buta warna .
Marah Cikgu - Nak cikgu tahu apa kesalahannya .
Merayau-rayau kt skolah - Nk tengok ada tak kes pergaduhan berlaku .
Meniru dalam Peperiksaan - Nak menyenangkan kerja cikgu .
Conteng meja - Memupuk bakat kesenian .
Gaduh - Menegakkan keadilan .
Tak siap kerja sekolah - hanya ingin menguji kesabaran cikgu .
Masuk blik dsiplin sbb cikgu dsiplin nk tjuk blik dia yg cntik..spya dpt gtau kt membe2 dan 'menyeru' semua murid memasukinya..
Membuang sampah merata2 disekolah-supaya cikgu bpeluang berucap diphimpunan dgn topik yg menarik.
Main noyorok2 - nak tahu cikgu mahir x kawasan prsekitaran skolah.
Hisap rokok dlam skola-nk uji loceng kebakaran berfungsi ke tak.
Calarkn kereta cikgu-kereta ckgu tak cntik,takde airbrush.
Mengutuk cikgu yg xdsukai - nk uji ksbran iman cikgu.
Bergaduh dgn geng - nak jd kn cikgu sbgai pelatih ref utk wwe.
Datang lambt sekolah- saje nak bg cikgu pnz enjin pg2.
Bergaduh ngan cikgu - nak taw cikgu belajar x martial arts.
Maen mercon tgah mlm - sje nk bg wrden bgun qiamullai.i

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kontra budaya Punk

Assalamualaikum & hello dudes ! 

Di sini kita ada satu post yang dikopi-2(copylah) daripada blog yang berkenaan . post ini berkenaan dengan budaya Punk . peringatan juga buat aku yang taksub dengan Punk sebab mentang-entanglah  dah pandai buat origami lambang Punk (origami katanye..) . oleh itu , sekarang , sila baca dan hayatilah !

Dalam realiti sosial, tidak ada satu bangsa satu budaya. Apatah lagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan yang terbuka kepada pengaruh global, maka berganda-gandalah budaya yang ada.  
Masyarakat bangsa Melayu lama pun boleh dikenalpasti dengan beberapa budaya yang menghiburkan mereka: budaya istana dengan makyong dan bahasa istananya; budaya rakyat dengan joget dan tukang carutnya. 
Justeru, dalam masyarakat mutakhir ini, janganlah hairan dan terkejut pula apabila bersua atau terserempak dengan beberapa budaya pada bangsa Melayu, dan juga pada bangsa-bangsa yang lainnya. 
Kerana tidak memahami realiti sosial ini, maka ramailah yang pening kepala, berang, panik moral dan ada pula yang mengamuk apabila dihadapkan dengan persembahan kumpulan muzik punk ‘Carburator Dung’, dalam perhimpunan PROTES pada 6hb Julai 2008 yang lalu. Isu harga minyak naik ‘dah berubah menjadi naik minyak. 
Sebenarnya, Joe Kidd dan kumpulan ‘Carburator Dung’nya tidak boleh dipersalahkan, meski menayang bontot sekali pun (atau banyak kali!), kerana apa yang mereka lakukan, itulah dia jati diri punk. 
Punk ini bukan sahaja merupakan sub-budaya, tepatnya ia adalah kontra-budaya dari budaya remaja. 
Ia budaya remaja kerana ditaja, didokong serta dihayati oleh remaja belasan tahun. Tapi kini ada juga orang tua, seperti Joe Kidd tu, yang masih berpunk dan berhati remaja – kerana dulu zaman remajanya 1980′n dia punk, sepertilah Mick Jagger yang masih ber”rock and roll “di hari tuanya sekarang ini. 
Punk adalah sub-budaya kerana ia tidak mengikut arus budaya perdana. Punk ini bukan sahaja melencong dan tidak mengikut arus, punk sejati bertentangan dengan budaya perdana – kontra budaya. Jadi apa yang kita lihat dalam PROTES itu tidak lain dan tidak bukan ialah punk sejati yang menampar akal-budi awam (perdana). 
Tunjuk bontot merupakan perlakuan biadab dalam norma perlakuan masyarakat kita, apatah lagi dalam suasana isu liwat ketika ini, ia mempunyai pertambahan konotasi yang menghentak jiwa. Tetapi, tidak adakah makna lain kepada bontot? 
Begitu juga pada lirik. Dalam lagu punk, sememangnya pun lirik tak jelas kedengaran. Dalam stadium perhimpunan PROTES lalu, yang kedengaran hanyalah “Jilat!  Jilat!  Jilat!…” Ini sangat menampar akal-budi orang ramai. Dalam minda awam normal, perkataan jilat itu terus sahaja secara spontan dikaitkan dengan aktiviti seks, tak terbayang pun aksi aiskrim yang biasanya dijilat dan dikulum!  
Sekarang mari pula kita cuba baca kata-kata yang dinyanyikan: 
  •  
      MARI NYANYI MENJILAT
  •  
      Wahai pemuda, wahai pemudi Jadilah kamu rakyat yang berbakti Kami berjanji akan tepati Semua impian yang anda hajati
  •  
      Rumah yang besar, kereta yang mewah Semuanya ada di tangan anda Hidup yang senang penuh jaminan Jangan bertanya, serahkan pada saya
  •  
      Jilat, jilat, mari semua menjilat Jilat, jilat, jilat sampai berkilat
  •  
      “Macamana? Ada berani ka? Ini tawaran hanya sekali braders and sistas! Apa tunggu lagi, kami tak tipu punya, Ini real, ori punya! Gerenti kaya-raya! Mari, mari!”
  •  
      Jilat, jilat, mari semua menjilat Jilat, jilat, jilat sampai berkilat
  •  
      Wahai pemuzik, underground rockers, Jangan bermimpi, jangan idealistik Kalau nak kaya, nak jadi rockstar, Marilah mari, sain kontrak kami,
  •  
      Nak masuk radio, masuk MTV Kenalah kamu menari macam kami Tengoklah saja, Carburetor Dung Cakapnya besar, tak kaya-kaya
  •  
      Jilat, jilat, semua nyanyi menjilat Jilat, jilat, mari semua jilat Jilat, jilat, jilat jangan tak jilat Jilat, jilat, jubur korporat sedap!
  •  
    •  
        © 2004 Carburetor Dung 
Tidaklah perlulah dihayati lirik lagu ini sebagaimana kuliah kajian puisi di universiti. Ianya jelas menempelak industri muzik arus perdana. Intipartinya: kalau hendak kaya harta benda dan hidup mewah senang lenang, jual jati diri dan ikut sajalah arahan penerbitnya – badan korporat seperti Sony, Warner MUsic dan agen-agennya.  
Ampulah mereka itu, jilatlah! Ganjarannya lumayan, meskipun produk yang mereka keluarkan itu busuk, sebusuk yang keluar daripada bontot..Inilah konteks perkataan ‘jilat’ dan tunjuk bontot persembahan punk Carburator Dung. 
Orang yang bukan punk pun selalu guna perkataan jilat dengan maksud yang sama. Di bawah ini diturunkan cebisan respons pembaca dalam blog Chegubard:
    Menurut ceritonyo….. Si Ejam ni lor yang perkenalkan dio pada si Najib (Najib lagi…. Altantuya pon dio…) Hek eleh…. tak kan lo nak mintak biasiswa pon keno jumpa najib??? Kan pegawai dio banyok…. Takkan ler sonang2 nak jumpo dio… Dah ler ko ni kat U kantoi….. Si Ejam ni…. dia sokarang… sanggup buek apo sajo…. Kasut Pak Lah dia jilat… kasut Najib dio jilat… Kasut KJ pun dio jilat…. Almaklum… nak ambik kepocayaan orang2 beso UMNO…  
Tentang muzik yang hiruk-pikuk pula. Bayangkan bunyi saban hari yang menyumbat masuk telinga anak-anak yang membesar di sebuah unit flat di bandar-bandar: terdengar dengusan ohh..ahh..ohh..ahh ibu dan bapa bersenggama, adik bayi meraung mahukan susu, kereta-lori mengaum dari lebuhraya, ketukan cerucuk berdentom mendiri pangsa, jiran bergaduh bertengkar, gelombang bunyi telivisyen dan hi-fi tak menentu irama dan suara datang dari segenap penjuru. 
Mana ada Beethovan atau Mozart. Keroncong pun jauh sekali. Tidak ada kedengaran bunyi angin yang menderu, jika ada dahan jatuh menimpa batu pun tidak kedengaran. Pokok kelapa tiada, pokok durian tiada – bagi anak-anak ini bunyi buah luruh pun tak tahu bagaimana bunyinya. 
Dalam suasana bunyi dan suara yang caca-marba, anak-anak ini dibesarkan. Jadi, kalau muzik remaja punk hingau-bingau layaknya, itu mencerminkan kehidupan mereka, kehidupan masyarakat yang dikonstruk oleh negara. Ia menepati ungkapan bahawa seni merupakan bayangan masyarakat. Seni kita wajah kitaI
Yakni, muzik dan gaya hidup punk itu adalah hasil yang timbul dari proses masyarakat kita sendiri. Persekolahan, keluarga, media, budaya (arus perdana) dan tradisi serta institusi sosial yang lainnya dipandang oleh remaja tidak telus dan penuh dengan kepuraan – menyimpang dan bertentangan dari realiti pengalaman hidup remaja.  Manakala nilai dan norma yang ditunjuk ajar oleh ibu-bapa, orang tua, pemimpin masyarakat, ketua agama, ahli politik dan elit masyarakat dirasakan oleh remaja mengongkong dan hipokrit. Bagi mereka semua orang itu, cakap tak serupa bikin: pencegah rasuah terima rasuah, polis merogol, pencegah maksiat ditangkap khalwat, ustaz memperkosa dara sunti, hakim terima sogokan, badan korporat merompak dana negara/negeri…. 
Maka itu, dalam proses pensosialan generasi baru yang dicanaikan masyarakat supaya remaja kononnya untuk menjadi harapan bangsa dan menjadi pemimpin masa hadapan, ada remaja yang nampak akan kepincangan usaha itu. Mereka inilah remaja punk! 
Bila berhuma di bukit menanam padi, jangan panik ada lalang yang tumbuh 

Di sini juga ada saye paparkan gambar untuk tatapan smua . ade 2 je...